03 May
Kaedah Pengolahan Isi Karangan

Pengolahan isi karangan boleh dibuat dengan menggunakan kaedah 5W + 1H.

Teknik 5W + 1H merupakan teknik penulisan yang menggunakan penyoalan sebagai cara mencari jawapan dan ayat yang diingini. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan dalam karangan berformat seperti karangan berita, laporan dan lain-lain. Namun begitu, kaedah ini juga boleh digunakan sebagai panduan ketika menghasilkan karangan penulisan panjang.


1. What (apa): Apa yang sedang terjadi, peristiwa atau kejadian apa yang ingin ditulis atau diberitakan.

2. Who (siapa): Siapa pelaku kejadian/siapa sahaja yang terlibat di dalam peristiwa itu.

3. When (bila): Hal ini berkenaan dengan waktu kejadian berlangsung.

4. Where (mana): Di manakah peristiwa tersebut berlaku?

5. Why (mengapa): Perkara ini berkaitan dengan mengapa perkara tersebut berlaku.

6. How (bagaimana): Bagaimana peristiwa itu terjadi perlu diceritakan sebagai penggambaran singkat agar pembaca memahami konteks informasi yang disampaikan. 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING